Carian
Realme Malaysia Memulakan Ujian Beta Realme UI 2.0 Android 11 – Terhad Kepada Pengguna Realme X2 Pro
February 3, 2021 Amy Maizuraa

Realme UI 2.0 yang dibina berasaskan Android 11 telah diperkenalkan secara rasmi sekitar tahun lalu. Ia hadir dengan sejumlah naik-taraf dari segi fungsi dan ciri baharu untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Dalam perkembangan terkini, Realme Malaysia dilihat telah mula menawarkan program akses awal ujian beta Realme UI 2.0 untuk pengguna yang ingin mencubanya lebih awal. Ia bagaimanapun, hanya terhad kepada pengguna Realme X2 Pro dan sebanyak 500 kuota sahaja yang dibuka.

Untuk makluman, versi perisian yang ditawarkan ini bagaimanapun masih belum stabil sepenuhnya. Oleh itu, berkemungkinan terdapatnya sejumlah pepijat yang tidak dikenal-pasti. Dalam pada itu, Realme turut mengatakan ianya tidak bersesuaian untuk peranti harian.

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk membuat salinan data (backup) terlebih dahulu sebelum meneruskan ujian. Pada masa sama, pastikan ruang storan pada peranti melebihi 5GB bagi mengelakkan risiko kegagalan kemaskini. Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan untuk sertai ujian ini menerusi pautan di bawah.

Komen