Cari @ Amanz

Aplikasi Firefox adalah antara pelayar web yang popular. Sejak kebelakangan ini Mozilla mula memfokuskan kepada privasi dan sekuriti yang lebih baik. Baru-baru ini Mozilla dilaporkan akan menawarkan sokongan pemasangan pemalam pada pelayar web versi Android.

Terkini, Mozilla dikatakan akan kembali mengaktifkan sokongan lesen DRM melalui pelayar web. Kemaskini akan ditawarkan pada versi 85, di mana pengguna boleh menstrim video 720p Netflix atau Amazon Prime Video. Perkara ini memudahkan pengguna yang menggunakan peranti tidak menyokong lesen DRM yang penstriman dihadkan kepada 540p sahaja. Jadi dengan sokongan melalui pelayar web sekurang-kurangnya resolusi penstriman adalah lebih tinggi.

Selain itu, pengurusan memori juga dipertingkatkan agar prestasi lebih baik dalam versi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd