Instagram Menguji Pengurangan Perkongsian Foto Garis Masa Di Stories

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Biasanya apabila sesebuah syarikat menguji sesuatu di aplikasi mereka, ia adalah ciri ataupun fungsi baharu yang akan diperkenalkan kepada orang ramai.

Instagram, sebaliknya baru-baru ini dilihat menguji pembuangan ciri perkongsian garis masa di Insta Stories. Penggunaan Stories sangat tinggi dikalangan pengguna media sosial, khususnya untuk penggiat media sosial untuk memastikan pengikut-pengikut mereka melihat pos-pos terbaru.

Ujian pembuangan perkongsian garis masa ini adalah kerana Instagram nampaknya menerima banyak komen bahawa mereka lebih gemar melihat kandungan asli di Stories, berbanding dengan perkongsian garis masa yang biasa dilihat.

Buat masa ini, pembuangan ciri perkongsian garis masa masih lagi satu ujian untuk sejumlah pengguna terhad, dan ia masih tidak diketahui lagi jika ia akan diperkenalkan untuk semua orang tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami