Kapal Angkasa SpaceX Starship Meletup Lagi Ketika Percubaan Mendarat

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disember lalu kapal angkasa prototaip SpaceX Starhip terhempas sebelum meletup ketika dalam ujian penerbangan. Walaupun gagal mendarat, Elon Musk masih mengucapkan tahniah kepada kakitangan SpaceX atas kejayaan menguji sistem yang membolehkan roket bergerak secara sendeng.

Pagi ini ujian Starship Number 9 (SN9) pula dilakukan sekali lagi untuk melihat kemampuan roket skala kecil yang akan menjadi asas kepada roket untuk mis ke bulan dan seterusnya. Seperti ujian Disember lalu, ia sekali lagi terhempas ketika percubaan mendarat.

Kegagalan roket ketika untuk mendarat dipercayai berlaku sekali lagi. Tidak seperti sistem roket Falcon Nine, beberapa enjin Raptor kelak akan digunakan oleh Starship untuk terbang dan juga mendarat. Selain digunakan untuk misi ke angkasa lepas, Starship juga akan menjadi asas kepada sistem pengangkutan pantas ke mana-mana lokasi di bumi dan juga keperluan ketenteraan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami