Spotify hari ini telah mengeluarkan pengumuman kewangan mereka untuk suku ke-4 2020 yang lepas. Melaluinya beberapa data menarik telah dikongsikan.
Spotify mengatakan kini mereka mempunyai 345 juta pengguna aktif bulanan, dan seramai 155 juta pelanggan berbayar.
Pada platform berkenaan juga, kandungan berbentuk podcast memperlihatkan peningkatan positif dari hari ke hari. Terkini, terdapat lebih 2 juta podcast yang boleh didapati melalui platform berkenaan, dan hampir 1 per 4 pengguna mendengar podcast di Spotify.
Di Malaysia sahaja, kini Spotify telah hadir dengan penawaran pelan harian dan mingguan untuk mengalakkan lagi pengguna menikmati perkhidmatan berbayar. Pada masa yang sama, minggu ini turut menyaksikan Spotify meningkatkan harga langganan untuk pelan keluarga mereka.
Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna aktif Spotify, atau anda lebih aktif menggunakan perkhidatan penstriman muzik lain?