Aplikasi Mengimbas Dokumen Office Lens Dijenamakan Semula Sebagai Microsoft Lens

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Office Lens dilancarkan pada tahun 2015 bagi memudahkan proses mengimbas dokumen fizikal menjadi dokumen digital. Ia amat berguna untuk menyimpan resit pembelian untuk tujuan LHDN dan imbasan kerja rumah anak sepanjang PdPR. Minggu ini Office Lens telah dikemaskini serta dijenamakan semula kepada Microsoft Lens.

Ciri asas mengimbas dokumen fizikal menjadi digital dan mengubah tulisan kepada teks masih lagi disertakan. Penambahbaikan pula ialah kemampuan menyusun semula urutan muka surat dalam bentuk PDF, imbasan sehingga 100 muka surat PDF, menggunakan penuras yang sama untuk kesemua imej dalam fail dan simpanan ke storan awanan yang lebih baik.

Kesemua ciri baharu akan diberikan kepada aplikasi versi Android terlebih dahulu sebelum ke versi iOS di bulan-bulan mendatang. Bagi mereka yang banyak melakukan kerja di rumah, ini ialah aplikasi yang amat perlu di saat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami