Grab Ingin Memvaksin Kesemua Kakitangan, Pemandu Dan Rakan Penghantar Menjelang 2022

Diterbitkan pada Feb 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grab ialah raja industri penghantaran barangan dan seru pandu di Asia Tenggara sejak mengambil alih perniagaan dari Uber. Syarikat dari Singapura ini telah mengumumkan mereka ingin memvaksin kesemua kakitangan, pemandu dan rakan penghantar mereka menjelang 2022. Dengan program ini, Grab berharap dapat membantu kerajaan serantau dalam membendung pandemik ini.

Grab

Syarikat berkata mereka akan memberikan subsidi kepada kos mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sekiranya ia tidak ditanggung oleh program vaksinasi kebangsaan. Ini merangkumi kesemua pemandu dan rakan penghantar di lapan negara ia kini sedang beroperasi.

Selain itu Grab turut menawarkan khidmat penghantaran vaksin untuk kilometer terakhir kepada pihak berkuasa yang memerlukan bantuan. Ini adalah mirip tawaran yang diberikan oleh Amazon kepada kerjaaan Amerika Syarikat bulan lalu.

Akhir sekali Grab akan memaparkan maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 bagi memudahkan penyebaran maklumat sahih kepada lebih 200m juta pengguna yang telah memuat turun aplikasi mereka,

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami