Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu kami melaporkan Balai Seni Negara melancarkan laman yang membolehkan ia dilawati secara maya oleh pengunjung. Dengan teknologi Matterport, ruang dalaman Balai Seni Negara telah dipetakan secara tiga dimensi. Pada awalnya laman tidak berfungsi tetapi hari ini ia akhirnya boleh diakses tanpa sebarang masalah.

Pada waktu ini hanya ruang Galeri Tun Razak sahaja boleh diakses secara maya dan 3D. Pengguna boleh melawat ruang galeri secara automatik dengan hentian di beberapa karya yang dipamerkan atau bergerak secara manual menggunakan peta yang diberikan. Anda bebas untuk pergi kemana-mana ruang lantai dan berputar di dalam ruang yang diberikan.

Selain melawat menggunakan pelayar web, pengunjung juga boleh menggunakan peranti realiti maya seperti Google Cardboard, Oculus Quest dan Oculus Go. Bagi yang ingin melawat sila pergi ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd