Motorola Razr 5G Berharga RM5999 Di Malaysia – Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Feb 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola Razr 5G merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada pihak Motorola yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ia menawarkan rekaan nostalgia Razr suatu ketika dahulu, dan menggunakan skrin boleh-lipat untuk menjayakan rekaan berkenaan.

Menariknya, (melalui Nextrift) kini telefon pintar tersebut turut telah hadir ke pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga RM5999.

Motorola Razr 5G menggunakan skrin luar bersaiz 2.7-inci OLED, selain skrin utama boleh-lipat 6.2-inci pOLED. Ia menawarkan resolusi 21:9 untuk skrin boleh-lipat.

Telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 765G, menggunakan memori 8GB RAM, dan bateri 2800mAh dengan pengecasan 15W.

Untuk rakaman gambar, Motorola Razr 5G ini menggunakan sensor utama 48MP di belakang, selain sensor swafoto 20MP. Ia hadir dengan sistem operasi Android 10, serta melancar My UX bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Motorola Razr 5G ini di Malaysia, dan mendapatkannya pada harga RM5999.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami