Carian
Hyundai Dan Kia Mengesahkan Mereka Tidak Dalam Perbincangan Untuk Pembangunan Apple Car
February 8, 2021 Aman

Hyundai dan Kia kini mengesahkan yang mana mereka tidak lagi dalam perbincangan bersama Apple untuk membangunkan kereta swapandu Apple tersendiri.

Sebelum ini, pelbagai laporan dan spekulasi hadir, mengatakan Apple mungkin melabur dan memilih Kia untuk pengeluaran kenderaan mereka. Apa pun, pada minggu lepas, hadir laporan mengatakan perbincangan kedua-dua pihak telah dihentikan sementara.

Apa pun, pihak Hyundai mengatakan mereka masih dalam perbincangan bersama beberapa syarikat lain untuk pembangunan kenderaan swapandu mereka – tetapi masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan dengannya.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple dalam perbincangan bersama sehingga 6 pengeluar kenderaan untuk pembangunan kereta swapandu mereka.

Komen