Xiaomi Menekankan Mereka Kini Pengeluar Telefon Pintar Ketiga Terbesar Di Dunia

Xiaomi Menekankan Mereka Kini Pengeluar Telefon Pintar Ketiga Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada Feb 8, 2021 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan beberapa produk untuk pasaran global, dengan fokus terhadap telefon pintar mercu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11.

Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, Xiaomi turut menekankan yang mana kini mereka adalah pengeluar ketiga terbesar di dunia. Menurut Xiaomi, kini mereka menduduki tangga pertama di lebih 10 negara, dan tiga teratas di lebih 35 buah negara yang memasarkan produk mereka.

Buat masa ini, yang mendahului Xiaomi adalah Apple dan juga Samsung.

Sebelum ini, Xiaomi telah menyasarkan yang mana mereka ingin mengatasi Apple dan menduduki tangga kedua pasaran pengeluar telefon pintar pada tahun 2021 ini. Dengan berbaki sekitar 10 bulan lagi untuk tahun 2021, adakah Xiaomi boleh mencapai sasaran berkenaan?


Paling Popular