iOS 14.5 Akan Membenarkan Pengguna Mengubah Aplikasi Muzik Pilihan

Diterbitkan pada Feb 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple tidak membenarkan pengguna memilih aplikasi lalai pada iPhone untuk sekian lama. Mahu membuka pautan laman web? Anda perlu berpuas hati dengan Safari. Papan kekunci? Sila gunakan kekunci Apple. Tetapi kekangan ini mula dilonggarkan sejak tiga tahun lalu atas desakan kesatuan pengguna. Seterusnya kelonggaran akan diberikan pula kepada aplikasi lalai untuk memainkan muzik di iOS.

iOS 14.5 Beta yang telah diberikan hadir dengan ciri untuk pengguna mengubah aplikasi muzik yang ingin digunakan secara lalai. Pengguna bebas menukarnya dari Apple Music ke aplikasi lain seperti Deezer atau Spotify. Keengganan Apple untuk membenarkan aplikasi muzik lain digunakan secara lalai menimbulkan kemarahan Spotify tahun lalu. Kini Siri boleh menerima arahan untuk membuka Spotify, dimainkan pada HomePod dan kelak dijanakan pemain muzik pilihan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami