Cari @ Amanz

Minggu lepas, Speedtest memperkenalkan kemampuan menyemak kawasan liputan rangkaian telekomunikasi melalui aplikasi. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui pelan apa yang sesuai untuk dilanggan dan syarikat telekomunikasi mana yang patut dipilih.

Terkini, Speedtest menawarkan perkara lain pula yang pada hemat saya amat membantu sewaktu berkurung dalam rumah. Perkhidmatan penstriman video, biasanya cukup pintar untuk mengetahui resolusi apa yang patut distrim bergantung pada kelajuan Internet pengguna. Tetapi ada perkhidmatan yang memberi pilihan untuk tetapkan penstriman sentiasa pada resolusi tinggi. Tetapi ini akan menjadikan pengalaman menonton tidak seronok kerana akan ada masalah terjeda dengan sendiri, tersekat-sekat dan banyak lagi.

Kini, Speedtest menyertakan kemampuan menyemak kualiti Internet anda sama ada mampu untuk menstrim video atau tidak. Jika mampu, resolusi apa yang ia mampu distrim turut akan dipaparkan. Biasanya ujian kelajuan Internet menguji masa muat naik, muat turun dan masa pendam. Tetapi dengan kemaskini terbaru ini ia menguji kemampuan menstrim pada pelbagai resolusi, masa memuat dan masa penimbalan.

Secara asasnya, Speedtest kini menjadi sebagai tempat menguji tanda aras kemampuan menstrim video. Maklumat yang dipaparkan lebih banyak berbanding Fast.com dari Netflix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd