Carian
SELangkah Kini Menggunakan Kod QR MySejahtera – Tidak Lagi Mengeluarkan Kod Sendiri
February 9, 2021 Effi Saharudin

Selari dengan pelancaran aplikasi SELangkah hari ini, aplikasi pengesanan kontak ini tidak lagi akan mengeluar kod QR tersendiri. Sebaliknya mulai hari ini ia akan menggunakan kod QR MySejahtera. Langkah ini diambil bagi mengintegrasikan data pengesanan kontak sedia ada untuk memudahkan lagi usaha menentang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Data yang diimbas menggunakan aplikasi SELangkah akan dihantar kepada MySejahtera. Malahan aplikasi SELangkah turut boleh digunakan untuk mengimbas kod QR MySejahtera. Dengan ini premis di Selangor tidak lagi perlu memaparkan dua kod QR sepertinya yang diperlukan sejak hampir setahun lamanya.

Menurut Dr Helmi Zakariah, ketua pegawai maklumat SELangkah Ventures Sdn Bhd, ini adalah bagi menamatkan tanggapan orang ramai bahawa terdapat persaingan di antara pembangun SELangkah dan MySejahtera.

Komen