Carian
Pelombong Kriptowang Secara Haram Di Pahang Ditahan Pihak Polis
February 10, 2021 Nazrin

Kegiatan melombong kriptowang seperti Bitcoin dan Etherium semakin meningkat kebelakangan ini. Walaupun secara teknikalnya aktiviti ini bukanlah sesuatu yang haram, mereka yang ingin mencari keuntungan sebanyak mungkin akan melakukan kesalahan untuknya.

Itulah yang berlaku di Kuantan Pahang, dimana sebuah serbuan telah dilakukan di dua buah premis yang didapati menggunakan kuasa elektrik yang banyak dan dicuri daripada premis-premis lain untuk tujuan melombong kriptowang.

Serbuan tersebut dilakukan oleh pihak Polis Pahang dan pasukan SEAL TNB Pahang, dimana mereka telah menahan saspek-saspek ini, dan mendapati bahawa premis-premis ini telah menggunakan tenaga elektrik yang disalurkan semula secara haram untuk melombong kriptowang.

Ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada bulan yang lalu, kami turut melaporkan bahawa pihak polis Perak juga telah menahan beberapa orang kerana melakukan aktiviti yang sama, dan telah ditahan oleh pihak polis dan juga TNB.

Komen