Vaksin Covid-19 Akan Diberikan Secara Percuma Kepada Warga Asing Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penularan Covid-19 naik mencanak seperti nilai Bitcoin sejak Disember 2020 selepas kerajaan melonggarkan kebenaran untuk merentas sempadan negeri. Sehingga semalam, kes baru harian masih lagi empat angka walaupun PKP 2.0 sudah berkuatkuasa lebih sebelum. Kebanyakan kes baharu dilihat melibatkan kluster kilang, sektor perladangan dan sektor pembinaan. Hari ini Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin mengumumkan vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada warga asing menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Tindakan ini diambil atas dasar kemanusiaan kerana jumlah pesakit yang tinggi melibatkan tenaga kerja asing. Ini sekaligus menyebabkan kerajaan turut perlu menanggung kos rawatan yang juga tinggi. Seperti dilaporkan sebelum ini, kos untuk memvaksin seorang individu hanyalah sekitar RM75 seorang.

Kerajaan turut menyedari tenaga kerja asing menyumbang kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia di luar negara turut telah diberikan vaksin secara percuma. Selain tenaga kerja asing, diplomat, ahli keluarga diplomat, pelajar dan pemegang kad UNHCR turut akan diberikan vaksin percuma.

Keutamaan masih lagi akan diberikan kepada warga Malaysia terlebih dahulu dengan jadual pemberian vaksin kepada warga asing akan diumumkan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami