Carian
Pentadbiran Biden Ingin Menambah Lagi Sekatan Teknologi Ke Atas China
February 12, 2021 Effi Saharudin

Adakah China lebih selesa dengan Trump digantikan dengan Biden? Ini ialah soalan yang popular sebelum pilihanraya presiden Amerika Syarikat November tahun lalu. Kini jawapannya semakin nyata adalah tidak. Menurut laporan Reuters, pentadbiran Presiden Biden kini ingin menambah sekatan teknologi kepada China.

Amerika Syarikat akan melakukan perbincangan dengan rakan sekutu untuk memastikan tiada teknologi sensitif dibekalkan kepada China yang boleh memajukan kemampuan ketenteraan negara tersebut. Berbeza dengan pentadbiran Trump, Biden ingin melakukan sekatan teknologi tersasar ini dengan bantuan negara sekutu.

Minggu ini Ren Zhengfei, pengasas Huawei berharap Presiden Biden akan mengamalkan polisi yang terbuka bagi membenarkan syarikat China berurusan dengan Amerika Syarikat. Menurut beliau ini akan adalah menguntungkan kepada syarikat A.S kerana jumlah teknologi yang dibeli oleh China. Tetapi dengan berita hari ini, polisi yang sebaliknya diambil.

Komen