Qualcomm Dilaporkan Membantah Pengambil-Alihan ARM Oleh NVIDIA

Qualcomm Dilaporkan Membantah Pengambil-Alihan ARM Oleh NVIDIA

Diterbitkan pada Feb 13, 2021 oleh .

NVIDIA telah mengumumkan pengambil-alihan ARM sebelum ini, dan seperti biasa, ia perlu melalui pengesahan pihak berkuasa beberapa negara sebelum ia selesai sepenuhnya.

Terbaru, menurut laporan CNBC, Qualcomm dikatakan telah mengatakan kepada pihak berkuasa, yang mana mereka membantar pengambil-alihan ARM oleh NVIDIA ini.

Qualcomm dilaporkan telah memberitahu pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Eropah, UK, dan juga China berkaitan bantahan ini.

Untuk makluman, ARM menawarkan rekabentuk cip pemprosesan, yang mana diguakan oleh ratusan syarikat pada hari ini, termasuk oleh Qualcomm untuk cip keluaran mereka.

Pengambil-alihan ARM oleh NVIDIA dikatakan akan memberikan kesan, dan terdapat kemungkinan NVIDIA menghalang pelesenan beberapa rekaan kepada syarikat lain.

Pengambil-alihan ARM oleh NVIDIA ini juga boleh dikatakan sebuah cabaran yang tinggi untuk NVIDIA dalam meyakinkan pelbagai pihak. Walaupun melepasi di beberapa buah negara, semestinya China akan memberikan lebih tekanan – apatah lagi dengan teknologi penting ARM yang semestinya China tidak ingin dikawal oleh pihak Amerika Syarikat.


Paling Popular