Nothing Akan Melancarkan Produk Pertama Mereka Minggu Depan

Diterbitkan pada Feb 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas meninggalkan OnePlus, Carl Pei telah membuka syarikat beliau sendiri iaitu Nothing. Walapun baru sebulan jagung, syarikat menerima suntikan dana dari Google Venture dengan ura-ura produk pertamanya ialah sebuah aksesori audio. Misteri produk pertama ini akan terjawab apabila ia dilancarkan minggu depan.

Laman Nothing kini menunjukkan jam yang mengira ke belakang selama 72 jam. Carl Pei telah mengatakan untuk orang ramai bersedia dengan kad kredit untuk membeli apa yang akan dilancarkan kelak. Apakah pula ramalan pembaca Amanz tentang produk yang akan dilancarkan kelak? Adakah produk premiun ataupun percubaan kedua Carl Pei untuk memasarkan pembunuh peranti mercu?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami