Cari @ Amanz

Huawei sejak sekitar dua tahun kebelakangan ini telah diberikan tekanan yang hebat oleh pihak Amerika Syarikat, sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran dan pemasaran telefon pintar mereka. Perkara ini sekaligus membuatkan jenama berkenaan jatuh daripada pengeluar kedua peranti dunia, kepada kedudukan yang ke-5 pada pertengahan kedua tahun 2020 lepas.

Apa pun, perniagaan lain Huawei masih berjalan dengan lancar – termasuk perniagaan infrastruktur rangkaian 5G mereka.

Terbaru, melalui sesi meja bulat bersama pengasas dan juga CEO Huawei, telah berkongsi beberapa perkara, termasuk berharap Joe Biden mengamalkan polisi terbuka dan mengesahkan perniagaan peranti pintar tidak akan dijual.

Pada masa yang sama, beliau turut memuji pesaing terdekat mereka dalam arena telefon pintar, iaitu Apple – dan mengatakan iPhone 12 sebagai “telefon pintar terbaik dunia”.

Ren mengatakan ramai pengguna di Eropah menyukai Apple. “Memandangkan Huawei tidak mempunyai telefon pintar mercu lagi, telefon keluaran Apple ini memperlihatkan rangkaian 5G Huawei adalah terbaik”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd