Carian
TikTok Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Mereka Di India
February 15, 2021 Effi Saharudin

TikTok telah diharamkan terus dari India atas sebab-sebab keselamatan tahun selepas tentera dari India dan China bertempur di pergunungan Himalaya. India mendakwa aplikasi dari China boleh digunakan untuk tujuan intipan. Kini dengan aplikasi tidak lagi dibenarkan beroperasi, TikTok dilaporkan dalam perbincangan menjual perniagaan mereka di India.

Menurut laporan Bloomberg, TikTok akan menjual perniagaan mereka kepada Glance yang membangunkan aplikasi Roposo. Roposo menjadi pengganti TikTok di kalangan pengguna India dan perbincangan untuk membeli dimulakan oleh Softbank yang melabur ke dalam Glance. Sejak diharamkan, TikTok telah memberhentikan ribuan tenaga kerja tempatan.

Dalam perkembangan yang sama, penjualan perniagaan TikTok Amerika Syarikat juga kini tertanggung selepas tewasnya Trump dalam pilihanraya presiden November lalu. Tidak seperti di India, mahkamah A.S menghalang kerajaan dari mengharamkan TikTok dari gedung aplikasi popular.

Komen