Jika anda perasan, sebelum ini kami ada berkongsi artikel mengenai dua peranti terkini daripada Motorola yang didapati tertiris ke arena web. Salah satu daripadanya adalah Moto E7 Power.

Dalam perkembangan terkini, Motorola telah berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung pada 19 Februari 2021. Sungguhpun begitu, spesifikasi pada peranti telah tersenarai dan didedahkan menerusi Flipkart. Pada masa sama, rekaan penuh peranti turut dikongsi.
Melaluinya, kita boleh lihat Moto E7 Power dilengkapi panel hadapan jenis bertakuk kecil – sekaligus mengiyakan imej pengolokan yang tular sebelum ini. Paparan ini bersaiz 6.5-inci dengan resolusi HD+ HD+ (1600 x 720 piksel). Melengkapinya juga adalah memori 4GB RAM, ruang storan 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh menerusi port USB-C.

Butiran berkaitan cip pemproses bagaimanapun masih belum dikongsi secara khusus – namun ia akan dilengkapi cip lapan teras. Seterusnya, ia juga menggunakan tetapan dwi-kamera utama dengan sensor 13 -Megapixel. Buat masa ini, hanya itu sahaja yang diketahui dan seperti biasa penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.