Android 12 Mungkin Menggunakan Nama Kod “Snow Cone”

Diterbitkan pada Feb 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini sedia hadir dengan nama kod untuk setiap versi pembangunan Android berdasarkan kepada manisan dan abjad. Walaupun Google telah menghentikan penggunaan nama kod berkenaan kepada umum dan hanya menggunakan angka versi sahaja – ia kekal menjadi pertanyaaan, secara dalaman, bagaimanakah sesuatu nama versi Android berkenaan dikenali.

Terbaru, menurut laporan XDA, ia diperkatakan versi akan datang Android dikenali dengan nama kod dalaman “Snow Cone”. Nama ini mungkin tidak digunakan untuk pengguna awam, dan lebih kepada rujukan pembangunan sistem operasi berkenaan secara dalaman.

Dengan makanan seumpama “Ais Kacang” ini, ia membawa kepada maksud menyegarkan – sekaligus memfokuskan kepada menyegarkan kembali sistem operasi Android dengan antaramuka baru, selain beberapa ciri menarik bersama dengannya.

Untuk makluman, sebelum ini Google telah berhenti menggunakan penamaan khusus untuk Android, dan hanya menggunakan penjenamaan angka sahaja sejak versi Android 10 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami