Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Akan Bermula 26 Februari – Perdana Menteri Penerima Suntikan Pertama

Diterbitkan pada Feb 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Serangan pertama Malaysia ke atas pandemik Covid-19 kini mempunyai tarikh. Bermula 26 Februari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula secara rasmi dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima suntikan pertama.

Bekalan pertama vaksin Pfizer BioNTech yang cukup untuk 312,390 dos akan tiba ke tanah air pada 21 Februari ini. Untuk fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan dan berakhir April.

Fasa kedua, yang akan bermula pada bulan April kelak akan memfokuskan kepada golongan berisiko tinggi dan mereka yang sudahpun berumur. Akhir sekali fasa ketiga, yang akan bermula pada bulan Mei 2021 akan melibatkan rakyat dewasa berumur 18 tahun keatas.

Dari data yang tela terkumpul setakat ini, vaksinasi jelas memberikan impak yang dijangkakan. Jumlah jangkitan sudah mula menurun di Amerika Syarikat dan United Kingdom selepas program vaksinasi dimulakan. Sementara itu di Israel vaksin Pfizer BioNTech berjaya mengurangkan jangkitan simptomatik sehingga 94%.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami