Cari @ Amanz

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa kerajaan telahpun mula membekalkan negara dengan sejumlah vaksin Pfizer-BioNTech dan AstroZeneca-Oxford yang mencukupi untuk memvaksinasi 80 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia.

Hari ini, sewaktu perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mengumumkam bahawa program imunisasi COVID-19 kebangsaan akan bermula pada penghujung bulan ini apabila vaksin-vaksin ini diterima.

Menurut beliau, program ini akan dipecahkan dalam tiga fasa, dimana fasa pertama, yang akan bermula pada hujung bulan ini hingga bulan empat kelak, akan memperlihatkan 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin ini terlebih dahulu.

Beliau mengatakan lagi bahawa fasa kedua, yang akan bermula pada bulan April kelak akan memfokuskan kepada golongan berisiko tinggi dan mereka yang sudahpun berumur.

Fasa ketiga, yang akan bermula pada bulan Mei 2021 akan mmperlihatkan rakyat dewasa berumur 18 tahun keatas menerima suntikan vaksinasi ini.

Tan Sri Muhyiddin juga berkata bahawa 600 pusat penyimpanan vaksin akan ditubuhkan di seluruh dunia untuk membolehkan semua rakyat mendapat suntikan vaksinasi ini dengan cepat dan mudah.

Kami juga sebelum ni melaporkan bahawa walaupun vaksinasi ini boleh dilakukan secara sukarela, jenis vaksin yang akan diterima adalah bergantung kepada lokasi penduduk, dan tidak boleh dipilih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd