Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar peranti yang menawarkan ciri “Game Mode” pada telefon pintar keluaran mereka. Ciri berkenaan ditambah oleh pengeluar seperti Samsung, Asus dan lain-lain di atas sistem operasi Android, dan bukannya hadir terbina.

Namun, melalui Android 12 yang bakal diperkenalkan pada tahun ini, Google dijangka menambah terus ciri berkenaan pada sistem operasi berkenaan.

Dengan ciri seperti ini, ia akan secara automatik mengaktifkan ciri “Do Not Disturb” untuk pengalaman permainan lebih baik, mengelak skrin berputas, memastikan kecerahan skrin kekal – selain mematikan beberapa proses dilatar dalam menawarkan pengalaman yang baik ketika bermain.

Dengan penambahan terus pada sistem operasi Android, kita mungkin akan dapat melihat pengoptimasian lebih baik, dan penawaran ciri yang selari oleh semua pengeluar peranti Android kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Android 12 yang diperkatakan dikenali dengan nama kod “Snow Cone”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd