OnePlus akan akhirnya melancarkan jam tangan pintar mereka tidak lama lagi. Beberapa rekaan tubuh dan tali versi Cyberpunk 2077 telahpun tertiris sebelum ini. Hari ini sebuah lagi paten OnePlus Watch telah tertiris dan menunjukkan pula rekaan dua tali jam yang bakal digunakan.

Rekaan pertama adalah mirip rekaan tali jam konvensional dengan lubang untuk kepala pendakap. Sebuah lagi rekaan tali adalah dari jenis silikon dengan bahagian pengikat yang sinonim untuk aktiviti sukan. Tubuh Jam tangan ini sendiri adalah berbentuk bulat dengan dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan.

Kesemua sensor imbasan nadi pula diletakkan pada bahagian bawah. Setakat ini yang diketahui ialah Oneplus Watch akan menggunakan sistem operasi WearOS dengan bantuan optimasi dari Google.