Mi Watch Menerima Kemaskini Sistem 1.2.52 – Membawakan Sokongan Alexa Dan Pengatup Kamera

Diterbitkan pada Feb 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mi Watch adalah jam tangan pintar asas Xiaomi untuk pasaran global. Ia adalah versi yang lebih berkuasa dariapada Mi Watch Lite. Jam seperti ini bersaing dengan Amazfit, Realme Watch, Haylou dan lain-lain, yang mana mempunyai ciri dan fungsi yang dihadkan berbanding jam tangan pintar Wear OS.

Mi Watch di China sahaja menjalankan sistem operasi MIUI for Watch yang dibina berasaskan Mi Watch. Walaupun versi global adalah sistem operasi tersendiri, Xiaomi masih cuba menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih kurang sama. Terkini, Mi Watch telah menerima kemaskini sistem 1.2.52. Kemaskini ini membawa tiga perkara baru iaitu sokongan pembantu digital Alexa, menggunakan jam untuk mengawal pengatup kamera peranti dan menawarkan dua muka jam baharu.

Menghidupkan skrin jam juga kini lebih pantas, dan masa maklum balas untuk mod sukan auto jeda juga diperbaiki. Kemaskini ini turut membaiki beberapa pepijat lain. Disebabkan Alexa mempunyai sokongan yang terhad, tidak semua pengguna dapat menggunakan fungsi ini. Untuk mengemaskini, buka aplikasi Xiaomi Wear Lite (iOS) atau Xiaomi Wear (Android) untuk muat turun dan mula pasang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami