Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat Apple AppStore menambah kaedah bayaran Touch n Go eWallet, sekaligus memberikan salah satu kaedah alternatif untuk anda membayar bagi pembelian aplikasi dan kandungan digital.

Terbaru, sokongan pembayaran sama dilihat turut telah ditambah pada Google Play Store.

Pengguna tempatan kini boleh memilih untuk membuat pembayaran pembelian di Google Play Store menggunakan Touch n Go eWallet.

Pengguna akan perlu membuat hubungan kaedah pembayaran buat pertama kali, dan seterusnya ia akan ditawarkan dibawah pilihan pembayaran – sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan untuk melakukan pembelian digital di Google Play Store tanpa perlu menggunakan kad kredit atau debit.

Bagi anda sendiri, apakah kaedah yang paling anda minati untuk pembelian secara digital ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd