Cari @ Amanz

Terma dan syarat baharu WhatsApp diumumkan bulan lalu dan perubahan yang dilakukan menimbulkan panik di kalangan pengguna. Ramai yang risau tentang penggunaan data peribadi sehingga berubah ke aplikasi lain di pasaran. Menyedari terdapat kekeliruan dalam penerangan terma dan syarat, WhatsApp akan cuba sekali lagi untuk menerangkannya kepada pengguna.

WhatsApp akan menggunakan ciri status dalam aplikasi untuk memberitahu apakah perubahan yang akan dilakukan. Ini akan dilakukan secara berperingkat bagi menggesa pengguna menerima terma baharu. Lebih banyak maklumat akan dikongsi sebelum terma baharu berkuatkuasa 15 Mei hadapan.

Mereka telah menerangkan mengapa data pengguna dikongsi kepada perniagaan apabila menggunakan ciri mesej. Sebab mengapa data dikongsi dengan Facebook apabila ciri ini diakses turut diterangkan hari ini. WhatsApp berharap penerangan secara berperingkat dalam aplikasi sebelum 15 Mei akan mengurangkan kerisauan dan orang ramai akan terus menggunakan platform mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd