Ramai Pengguna Google Pixel Melaporkan Masalah Kamera Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Feb 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin isu masalah piksel pada skrin peranti Pixel bukan masalah yang besar. Semalam kami laporkan hal ini berlaku kepada pengguna-pengguna Pixel 3A. Terkini lebih teruk, ramai pengguna Pixel mula melaporkan masalah kamera berlaku. Peranti yang terkenal dengan kamera yang hebat dan pintar ini ada masalah? Lebih mengejutkan, masalah ini dikatakan bukannya perisian – tetapi modul kamera itu sendiri.

Perkara ini mula disedari oleh pihak Android Police, selepas melihat ramai memberi kadar 1 bintang di Play Store untuk aplikasi kamera – Google Camera. Kemudian di laman sokongan pelanggan Google juga, ramai yang mencipta bebenang melaporkan isu kamera ini berlaku. Google ada berikan jalan penyelesaian, tetapi ia tidak berguna dan kamera masih berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Masalah yang berlaku pada Pixel 2 XL ramai laporkan, tetapi peranti ini sudah pun dikenang usia, jadi bukan isu besar. Masalahnya, terdapat juga pengguna melaporkan masalah ini berlaku pada Pixel 4a dan Pixel 3.

Ramai pilih Pixel sebab kamera, tetapi kalau kamera tidak boleh digunakan – apa gunanya peranti Pixel? Adakah isu ini berlaku pada diri anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami