Tidak Menerima Polisi Baru WhatsApp Akan Mengehadkan Fungsi Yang Anda Boleh Gunakan

Tidak Menerima Polisi Baru WhatsApp Akan Mengehadkan Fungsi Yang Anda Boleh Gunakan

Diterbitkan pada Feb 20, 2021 oleh .

WhatsApp pada minggu ini telah mengumumkan mereka akan mula meminta kebenaran pengguna dalam mengesahkan perubahan polisi baharu – secara berperingkat sehingga 15 Mei 2021 kelak.

Terbaru, berkongsi lanjut, WhatsApp turut berkongsi berkenaan apa akan berlaku sekiranya pengguna tidak menerima perubahan baru ini.

WhatsApp mengatakan mereka tidak akan memadamkan akaun anda terus, sebaliknya anda tidak akan mempunyai fungsi penuh WhatsApp untuk sementara sehingga anda menerimanya.

“Untuk masa yang singkat, anda masih boleh menerima panggilan dan pemberitahuan, tetapi tidak akan dapat membaca atau menghantar mesej daripada aplikasi WhatsApp.”

WhatsApp mengesahkan pengguna masih akan mempunyai pilihan untuk menerima polisi baru ini selepas 15 Mei, dan menerima kembali semua fungsi penuh WhatsApp.

Untuk makluman, akaun WhatsApp anda akan dipadamkan selepas 120 hari tidak aktif digunakan – tidak aktif bermakna pengguna tidak disambungkan kepada WhatsApp.

Sekiranya anda tidak selesa dengan perubahan polisi baharu WhatsApp ini, anda masih boleh memilih untuk memadam dan menggunakan perkhidmatan permesejan lain. Namun, memandangkan ia digunakan oleh lebih 2 bilion pengguna, peralihan ke perkhidmatan permesejan baharu masih bergantung kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang anda ingin hubungi.


Paling Popular