Bekalan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba Di Malaysia

Bekalan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 21, 2021 oleh .

Bekalan pertama vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia pada pagi ini. Pesawat Airbus A330-300 MH604 yang dikendalikan oleh MAS Kargo mendarat pada jam 9:57 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Singapura.

Ketibaan vaksin disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham.

Vaksin memulakan perjalanan dari Belgium menggunakan pesawat DHL sebelum mendarat di Singapura yang kini menjadi hab pengagihan vaksin serantau. Seperti dimaklumkan sebelum ini, Malaysia akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 26 Februari ini dengan Perdana Menteri menjadi individu pertama menerimanya.


Paling Popular