Cari @ Amanz

Android 12 versi pembangun sudah boleh dimuat turun minggu ini bagi sebagai prebiu kepada versi akhir yang akan diberikan pada separuh tahun kedua 2021. Terdapat pelbagai ciri baharu akan diperkenalkan tetapi yang menarik bagi pengguna ialah sokongan format imej AVIF.

 AV1 Image File Format (AVIF) ialah format baharu yang memampatkan imej menggunakan teknik mampatan video. Ini adalah selari dengan sokongan format video AV1 yang turut disokong Android 12. Kelebihan AVIF ialah gambar yang berkualiti tinggi boleh dinikmati dengan saiz yang kecil. Imej di atas misalnya menunjukkan perbezaan fail AVIF bersaiz 18.2 kB dengan fail JPEG bersaiz 20.7 kB.

AVIF sudahpun disokong pada pelayar web Chrome 85 dengan sokongan bakal diberikan pada Firefox. Pelayar Safari masih belum mengumumkan sokongan tetapi Apple terlibat dalam pembangunan AVIF oleh sebab itu tiada sebab ia akan turut disokong pada peranti mereka di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd