Cari @ Amanz

Clubhouse merupakan salah satu aplikasi berbentuk media sosial terbaru yang memfokuskan kepada komunikasi berasaskan audio atau suara. Ia masih ditawarkan dalam bentuk terhad – dimana pengguna perlu mempunyai jemputan sebelum dapat menggunakannya, dan hanya ditawarkan di iPhone sahaja.

Menariknya, melalui data terbaru SensorTower, aplikasi Clubhouse kini menjadi aplikasi paling popular di App Store Malaysia – sekaligus mendahului aplikasi lain, termasuk MySejahtera, TikTok dan lain-lain.

Sejak beberapa minggu lepas, aplikasi ini telah mula hangat diperkatakan dikalangan pengguna tempatan – malah jemputan untuknya dijual pada harga bermula RM45 melalui Shopee.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah berpeluang mencuba aplikasi Clubhouse ini? Apakah pendapat anda berkenaan dengannya? Adakah ia akan terus meningkat populariti selepas versi Android diperkenalkan kelak pada masa akan datang?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd