Rekaan Realme GT Akhirnya Tertiris

Rekaan Realme GT Akhirnya Tertiris

Diterbitkan pada Feb 22, 2021 oleh .

Realme GT telah diacah sebelum ini sebagai peranti untuk permua dari Realme. Dengan nama GT, ia memberikan petunjuk bahawa ia akan mempunyai prestasi tinggi seperti kereta yang menggunakan label GT. Rekaannya telahpun tertiris selepas rekaan reruai Realme di MWC Shanghai telah tertiris ke arena web.

Peranti mempunyai panel berwarna kuning dengan jalur berwarna hitam. Ia mengingatkan kami kepada rekaan Chevrolet Camaro edisi Bumblebee. Bonggol kameranya tidak berapa besar tetapi rekaan hadapan masih lagi misteri. Turut dapat dilihat ialah kamera utama dengan sensor 64MP.

Realme GT akan dilancarkan pada 4 Mac kelak dengan spesifikasi dipercayai adalah skrin 120Hz, cip Snapdragon 888, memori 12GB, storan 256GB dan pengecasan pantas 65W.


Paling Popular