Cari @ Amanz

Selepas Samsung Galaxy M51,  jenama dari Korea Selatan ini dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan satu lagi peranti baharu bersama bateri 7000mAh buat pengguna di Malaysia. Peranti berkenaan dikenali sebagai Samsung Galaxy M62.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Samsung Malaysia menerusi satu poster acah yang dimuat-naik di laman Facebook. Dari segi rekaan, ia kelihatan mirip dengan Samsung Galaxy F62 yang dilancarkan di India, tempoh hari. Malah, salah satu titik jualan yang cuba diketengahkan juga sama – iaitu bateri berkapasiti besar 7,000mAh.

Meskipun begitu, spesifikasi penuh dan tarikh pelancaran rasmi peranti ini masih belum dikongsi buat masa ini. Sebaliknya, Samsung hanya mengesahkan bahawa ianya bakal ditawarkan secara eksklusif di laman e-dagang Lazada. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd