Cari @ Amanz

Sebelum ini, terdapat laporan mendakwa rekaan untuk Realme GT didapati tertiris menerusi imej tular yang tertiris ke arena web. Ia memperlihatkan peranti ini mempunyai panel belakang dengan kombinasi warna kuning dan jalur hitam.

Bagaimanapun, terdapat sumber mendakwa ia berkemungkinan Realme GT dalam kemasan kulit – ekoran timbulnya desas-desus yang mengatakan peranti ini bakal menampilkan pilihan kemasan berasaskan kaca dan kulit.

Dalam perkembangan terkini, rekaan sebenar peranti telah mula diperlihatkan dengan lebih jelas dalam beberapa poster dan video promosi rasmi. Melaluinya, ia dilihat mempunyai kemasan berkilat bersama kesan bercahaya pada panel belakang – yang mana dipercayai merupakan Realme GT dalam kemasan berasaskan kaca. Turut dapat dilihat, peranti ini akan dilengkapi sistem tri-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel. Selain, turut menyokong port sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Realme GT bakal dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac ini dan ia bakal menjadi peranti yang memfokuskan permua terkini daripada Realme. Seperti namanya, kita juga boleh menyasarkan fokus utama Realme pada model ini adalah pada prestasi yang tinggi. Menurut spekulasi awal, Realme GT dipercayai dilengkapi skrin 120Hz, cip Snapdragon 888, memori 12GB, storan 256GB dan pengecasan pantas 65W.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd