Cari @ Amanz

Masa depan perniagaan telefon pintar LG adalah sedikit kelam sejak beberapa bulan lalu apabila timbul ura-ura mereka akan keluar dari pasaran dalam masa terdekat. Akibatnya peranti inovatif skrin boleh-gulung LG Rollable juga tidak diketahui. Hari ini menurut laporan media Korea BizChosun, LG telahpun membatalkan pembangunan LG Rollable dan dua lagi peranti skrin boleh-lipat.

LG Telefon

Pembatalan ini mungkin satu lagi petanda LG akan keluar dari perniagaan telefon pintar dalam masa terdekat. Dalam laporan yang sama, BOE dikatakan akan memohon bayaran ganti rugi kerana bekerjasama dalam pembangunan skrin-skrin peranti yang dibatalkan ini.

LG dahulunya adalah nama yang gah dalam dunia telefon pintar kerana mempopularkan penggunaan lensa sudut ultra lebar, DAC terbina untuk audio dan butang kuasa/suara padan panel belakang. Tetapi kegagalan dalam mempromosikan produk membuatkan jualan terdesak teruk .

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd