Cari @ Amanz

LG pada awal bulan ini, telah mengacah kehadiran telefon dengan skrin boleh-gulung, dimana ia boleh membesarkan skrin kepada saiz tablet, atau mengurangkannya menjadi kepada saiz telefon pintar.

Telefon pintar berkenaan sedia dinantikan ramai, dan tidak sabar untuk dicuba sendiri konsep penggunaan peranti dengan skrin boleh-gulung ini.

Apa pun, kini dengan masa depan bahagian perniagaan telefon pintar LG yang diperkatakan mungkin dijual, perancangan telefon skrin boleh-gulung mereka dilihat tidak menentu.

Beberapa sumber mengatakan LG mungkin memilih untuk membatalkannya. Apatah lagi dengan LG Wing sebelum ini yang menawarkan dwi-skrin dengan salah satunya boleh-putar mempunyai angka jualan yang sangat rendah.

Buat masa ini, LG sendiri masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan perkara ini. Sama-sama kita lihat beberapa bulan lagi sama ada pihak LG akan melancarkannya atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd