Selepas diacah September lalu ketika pelancaran LG Wing, rekaan LG Rollable akhirnya diperlihatkan kepada umum ketika acara CES 2021 yang sedang berlangsung. Seperti Oppo X 2021, LG Rollable dilengkapi skrin boleh-gulung yang boleh berubah saiz mengikut keperluan pengguna.
Di dalam demo pendek, peranti berubah dari saiz biasa kepada sebuah tablet dalam masa beberapa saat untuk menonton kandungan video. Tiada maklumat mengena spesifikasi atau sama ada prototaip ini akan dipasarkan kepada umum dalam masa terdekat.
Yang pasti dengan Oppo telahpun memperlihatkan konsep mereka dan Samsung juga dijangka melancarkan peranti dengan rekaan sama hari ini, mungkin tahun 2021 akan menjadi tahun peranti boleh-gulung.