LG Mungkin Menamakan Telefon Dengan Skrin Boleh-Gulung Sebagai LG Rollable
LG

LG Mungkin Menamakan Telefon Dengan Skrin Boleh-Gulung Sebagai LG Rollable

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

LG sebelum ini telah pun memperkenalkan televisyen mereka menggunakan rekaan skrin boleh-gulung. Selain televisyen, LG dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-gulung seawal Mac 2021 kelak.

Melalui rekaan telefon pintar berkenaan, ia akan membolehkan pengguna menarik skrinnya untuk saiz paparan yang lebih luas. Ini sekaligus memudahkan anda mengubah telefon pintar menjadi sebuah tablet, dan mengubahnya kembali.

Konsep peranti ini, dijangka akan menjadi alternatif kepada penggunaan skrin boleh-lipat pada hari ini.

Menurut laporan baru, LG dikatakan mungkin memanggil peranti ini sebagai LG Rollable. Laporan baru ini hadir berdasarkan kepada pendaftaran tanda dagang oleh pihak LG – yang memperlihatkan mereka mungkin menggunakannya pada produk baru mereka.

Apa pun, sama-sama kita lihat apakah kejutan yang disediakan oleh LG, dan nantikan sama ada benar atau tidak nama akhir produk berkenaan adalah LG Rollable.



Paling Popular