Cari @ Amanz

Spotify hari ini telah mengadakan acara StreamOn yang menyaksikan pengenalan sejumlah ciri-ciri baharu. Antaranya adalah pengenalan pelan penstriman baharu dinamakan sebagai Spotify HiFi yang bakal menyusul pada tahun ini.

Selain itu, Spotify juga turut mengumumkan, kelak, penerbit kandungan melalui WordPress.com kini boleh mengubah penulisan terus ke bentuk audio podcast dengan mudah.

Ciri ini akan ditawarkan melalui Anchor – salah satu platform penerbitan podcast yang dimiliki oleh Spotify.

Dengan langkah ini juga, ia akan memberikan kemudahan untuk penerbit kandungan mengubah bentuk format penerbitan mereka, dan menawarkannya dalam pilihan medium baharu. Apatah lagi dengan ledakan kandungan berbentuk audio akhir-akhir ini.

Bagi anda yang menggunakan WordPress.com, anda boleh mula mengubah penulisan anda ke bentuk audio melalui Anchor.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd