Cari @ Amanz

ZTE Axon 20 5G ialah telefon pintar pertama dengan teknologi kamera bawah skrin. Dengan rekaan ini tiada lagi takuk, lubang kamera dan kamera pop naik diperlukan bagi mendapatkan permukaan skrin terbesar pada bahagian hadapan.

Presiden unit perniagaan ZTE, Ni Fei telah berkongsi imej di atas pada laman Weibo beliau. Ia menunjukkan peranti tanpa takuk yang pastinya menggunakan teknologi kamera bawah skrin. Tidak seperti pada Axon 20 5G, kamera dapat disorokkan lebih baik kali ini. Beliau turut mengesahkan teknologi generasi kedua ini akan diperlihatkan secara rasmi di MWC Shanghai yang berlangsung bermula hari ini.

Teknologi ini besar kemungkinan akan digunakan pada ZTE Axon 30 yang dipercayai akan diperlihatkan di MWC Shanghai kelak. Diharap apa yang dijanjikan menjadi realiti kerana kekurangan generasi pertama ialah kualiti swafoto yang masih tidak sebaik teknologi kamera rekaan konvensional sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd