Siri Samsung Galaxy S21 Kini Boleh Didapati Pada Harga Lebih Rendah

Diterbitkan pada Feb 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia kini telah mengumumkan penawaran Samsung Galaxy S21 dengan pilihan storan 128GB – sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Ketika pengenalan rasmi Galaxy S21 di Malaysia tempoh hari, variasi yang ditawarkan adalah dengan storan 256GB. Tetapi, kini dengan penawaran versi 128GB, ia menawarkan perbezaan harga sehingga RM300 untuk pembelian.

Galaxy S21 5G versi 128GB ditawarkan pada harga RM3499, Galaxy S21+ 5G pula pada harga RM3999, dan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G pada harga RM4999.

Dengan penawaran variasi 128GB ini, adakah anda akan memilihnya, atau akan mendapatkan versi 256GB yang menawarkan perbezaan sehingga RM300?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami