Sensor Samsung ISOCELL GN2 Diumumkan – 50MP Dengan Dual Pixel Pro

Diterbitkan pada Feb 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melancarkan sensor ISOCELL GN2 mereka hari ini yang merupakan kemas kini kepada sensor ISOCELL GN1 yang diumumkan tahun lalu. Sensor sebesar 50MP ini dilengkapi dengan pemfokusan baharu Dual Pixel Pro dari jenis PDAF yang menurut Samsung adalah lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Sensor mempunyai saiz fizikal 1/1.12-inci dengan saiz pixel 1.4μm tetapi meningkat ke 2.8μm menerusi sistem quad-pixel-binning. Ini turut membawakan peningkatan keterangan HDR menerusi sistem Smart ISO Pro dan imej yang lebih tajam pada situasi pencahayaan yang lebih rendah. Prestasi video pula ialah sehingga 4K 120p ataupun FHD 480p. Pengeluaran pada skala besar untuk ISOCELL GN2 telahpun dimulakan tetapi peranti pertama yang menggunakannya belum diumumkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami