Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai kemunculan Xiaomi Mi 11 Lite sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Pelbagai spekulasi dan andaian yang timbul mengenainya. Salah satu daripadanya adalah dakwaan di mana ia akan dijenamakan semula sebagai Poco F2. Tidak lama kemudian, ia didapati ditemui di beberapa laman pengesahan termasuklah SIRIM. Seterusnya, imej pengolokannya pula mula diperlihatkan di media sosial.

Imej Sebenar Xiaomi Mi 11 Lite Tular

Terkini, ia sekali lagi mencuri tumpuan apabila tularnya beberapa imej sebenar yang memperlihatkan rekaannya secara realiti. Salah satu imej memperlihatkan sejumlah butiran spesifikasi pada peranti – termasuklah nombor modelnya iaitu M2101K9AIG.

Kalau anda perasan, ia dilihat selari dengan nombor model tertiris di lama SIRIM sebelum ini. Seterusnya, ia juga dilihat akan hadir dengan cip pemproses lapan teras bersama kelajuan mencecah 2.3GHz. Selain, turut dibantu oleh memori 6GB RAM.

Imej Pengolokan Xiaomi Mi 11 Lite Tersebar

Imej berbeza turut memperlihatkan rekaan pada peranti. Seperti yang kami katakan sebelum ini – tidak banyak perubahan yang dapat dilihat kerana panel belakangnya mirip sahaja dengan Xiaomi Mi 11. Begitu juga, sokongan skrin berlubang dengan lensa tunggal pada panel hadapan. Perbezaan hanyalah pada skrin yang rata dan bezel lebih tebal pada bahagian bawah dagu. Dalam pada itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan peranti ini mungkin dikenali sebagai Xiaomi Mi CC11 di China.

Sekadar selingan, Xiaomi telah mengesahkan bahawa Mi 11 bakal diperkenalkan di Malaysia pada 25 Februari ini dan acara pelancaran akan diadakan secara atas talian. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memiliki peranti Snapdragon 888 pertama di Malaysia? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd