Carian
Xiaomi Mi 11 Lite Melepasi SIRIM – Mungkin Dilancarkan Serentak Dengan Mi 11?
February 9, 2021 Effi Saharudin

Xiaomi Mi 11 versi global telah dilancarkan semalam tetapi bilakah ia akan dijual di Malaysia masih lagi misteri. Sementara kita menantikan misteri ini terungkai, sebuah lagi peranti Xiaomi telah ditemui di laman SIRIM. Berdasarkan nombor model M2101K9AI , ia adalah Xiaomi Mi 11 Lite yang masih belum dilancarkan secara rasmi.

Xiaomi Mi 11 Lite ialah peranti yang sebelum ini ditemui menggunakan cip pemproses Snapdragon 735G, dilengkapi bateri 4520 mAh, menyokong pengecasan 33W dan skrin 120Hz LCD. Terdapat juga maklumat Mi 11 Lite juga akan dilancarkan sebagai Poco F2 di pasaran tertentu.

Komen