Xiaomi Mi 11 Kini Rasmi Di Malaysia – Peranti Snapdragon 888 Pertama Dengan Harga Bermula Dari RM2,799

Xiaomi Mi 11 Kini Rasmi Di Malaysia – Peranti Snapdragon 888 Pertama Dengan Harga Bermula Dari RM2,799

Diterbitkan pada Feb 25, 2021 oleh .

Akhirnya selepas hampir tiga bulan menanti kehadiran Mi 11, Xiaomi Malaysia melancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan hari ini. Ia merupakan telefon pintar mercu tahun 2021 yang premium, berkuasa, hebat serta pertama yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888.

Xiaomi Mi 11 menggunakan skrin 6.81-inci AMOLED dan menawarkan paparan pada resolusi 2K, kadar segar semula mencapai 120Hz adaptif, selain turut menyokong paparan HDR10+. Memori adalah jenis LPDDR5 8GB RAM dengan pilihan storan mencapai 256GB UFS 3.1. Sistem pembesar suara stereo yang digunakan dioptimasikan oleh Harman/Kardon, bateri 4600mAh dengan pengecasan nirwayar 50W, berwayar 55W serta pengecasan nirwayar berbalik 10W. Pengecas disediakan di dalam kotak.

Walaupun Mi 11 adalah peranti mercu, ia tidak seperti pesaing yang hadir dengan tetapan kuad-kamera atau penta-kamera – Mi 11 hanya menggunakan tetapan tri-kamera. Ini mungkin kerana Mi 11 bukan peranti mercu utama, kelak kita akan lihat Mi 11 Pro atau Mi 11 Ultra. Lensa yang digunakan adalah 108-megapixel utama dengan sokongan OIS, ditemani lensa 13-megapixelsudut-ultra-lebar dan makro 5-megapixel.

Xiaomi turut menekankan kepada kebolehan rakaman video yang hadir bersama dengannya – termasuk ciri penyuntingan terbina terus pada telefon pintar berkenaan. Sejumlah penuras dan mod rakaman video menarik disertakan bersama telefon pintar ini.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan sistem operasi MIUI 12, MIUI 12.5 hanya akan diedarkan pada suku kedua tahun ini. Xiaomi turut menyertakan sokongan jaminan selama dua tahun bersama-sama telefon pintar ini. Harga jualan adalah bermula dari RM2,799 untuk 8/128 GB dan RM2,999 untuk 8/256 GB.

Untuk pasaran Malaysia warna yang ditawarkan adalah Midnight Gray dan Horizon Blue sahaja. Wakil Xiaomi ada katakan yang kelak versi Lei Jun turut akan diperkenalkan. Mungkin bagi mereka yang inginkan variasi 12/256 GB boleh dapatkan model ini. Jualan akan bermula pada dan boleh dibeli di Lazada atau Shopee Xiaomi Malaysia serta di kedai fizikal dan pengedar rasmi mereka.

Pra-tempahan akan dibuka pada 25 Februari 2021 sehingga 10 Mac 2021. 1400 pelanggan pertama yang memberi versi 8/256 GB akan menerima Mi Air Purifier 3C yang bernilai RM569 secara percuma. Kemudian, 100 pelanggan bertuah akan memenangi set AIoT Xiaomi yang bernilai RM1356. Semasa hari jualan, iaitu 13 Mac 2021 – setiap pembelian versi 8/256 GB akan mendapat Mi True Wireless Earphones 2 Basic yang bernilai RM139 percuma.

Baca Pandang Pertama Mi 11 Kami Di Sini


Paling Popular