Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu, kami ada melaporkan bahawa ZTE bakal memperkenalkan sebuah teknologi kamera swafoto bawah paparan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini.

Di acara Mobile World Congress Shanghai, ZTE telah bekerjasama dengan Guangjian Technology untuk menemui satu cara untuk memperkenalkan ciri pengimbasan wajah untuk digunakan sebagai cara melog masuk kedalam peranti menggunakan teknologi kamera bawah paparan ini.

Untuk mengimbangi kekurangan cahaya yang memasuki kawasan kamera, ZTE telah meningkatkan ketumpatan pixel di bahagian projektor kamera untuk memastikan ia boleh membangunkan sebuah model 3D muka anda dengan lebih mudah dan tepat.

Selain daripada itu, untuk mengimbangi kualiti paparan di bahagian kamera swafoto, ketumpatan pixel di bahagian tersebut juga dinaikkan, dan kadar segar semula paparan skrin keseluruhan juga ditingkatkan kepada 120Hz.

Selain daripada mengimbas wajah, ZTE mengatakan bahawa teknologi kamera swafoto bawah paparan ini juga boleh digunakan untuk mencipta model 3D sebuah objek dan digunakan untuk mengesahkan pembayaran digital menggunakan teknologi imbasan wajah.

Buat masa ini, ia masih tidak disahkan bilakah kamera swafoto bawah paparan ini akan digunakan, tetapi menurut beberapa laporan, tidak salah jika pengguna boleh mula melihatnya melalui peranti Axon 30 Pro mereka akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd